Monday, May 28, 2012

Cerita 76 - Pasrah dengan Istikharah

Assalamualaikum....

Hari ini saya ingin bercerita tentang sesuatu yang tidak di duga telah berlaku di dalam kehidupan saya. Ingat lagi tak tentang 'jawapan' istikharah anak saya? Hmm....sungguh mengejutkan, dalam waktu saya sudah membayar semua yuran dan pelbagai persiapan telah di buat, anak saya telah di hantar belajar ke kolej tempat saya bekerja! 

Memang tidak di sangka, isu berkaitan tempatnya belajar telah menjadi 'perdebatan' antara saya dan cik hubby dan akhirnya.....anak saya 'terpaksa' berkorban perasaan demi kebahagian ibu dan abahnya... Semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Bukan bermakna Uitm tidak baik, tetapi sebagai ibubapa kadangkala kita terpaksa membuat pelbagai perhitungan, bukan setakat perhitungan di dunia tetapi yang lebih penting perhitungan di akhirat. Saya tidak nafikan ramai pelajar 'kelahiran' Uitm baik tetapi dengan asas agama yang dimiliki oleh anak saya, saya tidak yakin dia dapat mengharungi mehnah kehidupan di sana. 

Walaupun pada permulaannya muka beliau agak 'berkerut' kerana terpaksa membuat bermacam-macam perubahan lebih-lebih lagi tentang tatacara berpakaian, tetapi Alhamdulillah, kini wajahnya lebih manis tersenyum redha... Akhirnya beliau pasrah dengan istikharah.....!

1 comment:

  1. salam madame syu...
    saya kenal anak madame. kami kenal masa pertandingan tadarus al-quran di s.m tanah putih.. mmg anak madame ni anak yg solehah. Taat pada kedua ibubapanya.

    ReplyDelete