Haaa....tajuk entri hari ini agak berlainan sikit...Cuci tandas? Kenapa kena cuci tandas? Kenapa tak cuci dapur ke, cuci longkang ke, cuci bangunan ke....?
Hari ini di dalam kelas, saya telah melakukan satu aktiviti yang di beri nama "New Identity" di mana para pelajar dikehendaki mereka satu identiti baru dan memperkenalkan diri dengan identiti baru mereka itu. Dan salah seorang pelajar telah mereka satu identiti iaitu Bob Marley (seorang penyanyi reggae terkenal.)
"Hello, I'm Bob Marley. I'm a singer but now I am no longer a singer. I'm a cleaner...I clean toilets!"
"Why do you change your career?"
"It's a good job!"
Hmmmm...macam-macam idea! Dan tak lama selepas itu, saya berkongsi cerita yang dipetik dari ceramah Prof Muhaya tentang seseorang yang disegani (saya tak ingat namanya). Ramai orang akan bersalam dengan beliau selepas solat. Dan kerana bimbang akan sifat riak dan ujub, selesai bersalam beliau akan terus pergi mencuci tandas! Dengan mencuci tandas, beliau dapat 'mencuci' hati menjadi lebih tawaduk,tidak sombong dengan kelebihan yang ada padanya.So, lepas ni, kalau ada rasa sombong atau riak dengan kelebihan diri, pergilah cuci tandas. Semailah sikap bertawaduk dan sikap ikhlas dalam bekerja. Lebih baik jadi pencuci tandas yang ikhlas dari menjadi seorang yang rasa hebat tapi tak ikhlas.
"Saya mengajar kamu untuk kamu mengajar orang lain!"
Parents Ustaz Don pun selalu suruh dia cuci tandas masjid masa dia kecik2... Subhanallah!
ReplyDelete