Akhirnya anak saya memilih untuk meneruskan pengajiannya di Uitm. Sebagai ibu, saya redha dengan kehendakNya. Sebagai ibu juga ingin saya berpesan buat anak saya dan juga anak-anak yang membaca blog ini. Bila dah pergi belajar ni...
~ Yang paling penting, jangan tingal solat. Lakukan solat sesempurna mungkin kerana solat yang sempurna dapat menjauhkan kita dari perbuatan keji dan mungkar.
~ Jaga aurat dan batas pergaulan.. jangan menyesal kemudian hari.
~ Belajar betul-betul, ingat jasa mak ayah. Untuk masa depan kamu juga...
~ Hormati guru, rakan-rakan dan orang sekeliling. Tak rugi apa-apa pun jika kita bersikap humble..
~ Jangan membazir masa dan duit untuk perkara yang tidak berfaedah.
~ Dan bila dah berjaya nanti, janganlah sombong dengan ilmu kita tu. Itu baru sikit saja ilmu di dunia ni. Banyak lagi perkara yang kita tidak tahu. Teruskan mencari ilmu...
Akhir kata, Selamat Maju Jaya . Allah sentiasa bersama kamu.....
No comments:
Post a Comment