Wednesday, May 2, 2012

Cerita 71 - Seek and You Will Find....

Saya selalu mendengar berbagai kisah bagaimana manusia mendapat hidayah. Dalam akhbar beberapa minggu lepas, terdapat kisah seorang lelaki Cina di Melaka di beri petunjuk melalui kalimah 'Allah' yang tertera di pokok dan langit. Dan akhirnya beliau memeluk Islam bersama isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kisah-kisah penghijrahan artis-artis di Malaysia. Benar, hidayah itu milik Allah s.w.t. tetapi sebagai hambaNya kita mestilah sentiasa mencari hidayah itu..

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t. segalanya berjalan dengan lancar. Allah has opened our heart. Sesungguhnya walau hati kita hitam di baluti dosa dan noda, dengan izin Allah cahaya hidayah tetap dapat menembusi hati itu. Cuma kita sebagai hamba yang lemah hendaklah sentiasa bersabar dalam menasihati mereka yang memerlukan. Selagi hati manusia itu hidup, insyaAllah mereka akan kembali ke jalan yang benar.

Setelah di beri hidayah itu, berdoalah semoga Allah memberi kekuatan untuk mengekalkannya. Bukan senang rupanya. Cabaran datang dari segenap pelusuk. Betapa syaitan/iblis tidak jemu-jemu dan sentiasa berpegang kepada janjinya untuk menyesatkan anak Adam. Adakalanya terasa seperti hendak duduk di dalam gua tanpa di ganggu oleh sesiapa tetapi dia datang menerusi bisikan di hati. Kadang-kadang bisikan hati semua dah ok, dia datang dalam bentuk orang yang rapat dengan kita, dengan cerita-cerita yang menguji keimanan kita. Pendekata setiap saat kita cuba disesatkan melainkan jika kita sentiasa ingat kepada Allah s.w.t. Benarlah kata alim ulama, ingatlah Allah sepanjang masa...tetapi mampukah kita? 

Sebagai ingatan kepada diri saya dan semua, janganlah cepat menghukum mereka yang masih mencari-cari hidayah dari Allah. Bantu, nasihat, bersabar dan bimbinglah mereka. Kalau bukan kita yang membantu, siapa lagi....

* Teringat kata-kata that 'special person' - "Ada seorang ustaz ni kata, kita tak boleh putus asa, bla bla bla...." (yang sebenarnya itu adalah kata-kata saya semasa menasihati dia dalam keadaan dia 'tidak sedar'...Wallahua'lam) 

1 comment: