Hmmm....Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang untuk menghirup udara-udara segar dan di beri peluang untuk memperbaiki diri. Hari-hari yang dilalui semakin hari semakin indah.....
Hari ini saya nak berkongsi kegembiraan di atas kejayaan anak sulung saya yang diterima belajar di UITM. Sebagai bekas penuntut atau produk UITM sudah tentunya saya berbangga kerana anak saya bakal menjejaki universiti yang sama walau tempat dan kursusnya berbeza.
Cuma....sebagai seorang ibu dan seorang yang telah melalui pelbagai episod kehidupan dalam universiti kehidupan ini, berasa sedikit cuak, gementar, kurang yakin dan tidak pasti samada pilihan yang bakal di buat oleh anak saya ini berada di landasan yang betul, di dunia dan akhirat. Pada masa lalu, saya tidak di beri 'kaunseling' oleh kedua ibubapa saya. Apa sahaja pilihan saya diterima sebulat hati. Tetapi kini, keadaan berubah. Sebagai seorang ibu, saya rasa saya perlu membantu anak saya memilih yang mana sesuai untuk kehidupannya bukan saja kehidupan di dunia, tetapi yang penting di akhirat. Kadangkala, kita hanya melihat kepada kehidupan di dunia dan meminggir kehidupan di akhirat walhal itulah yang lebih utama.
Oleh itu, saya telah meminta anak saya untuk membuat Solat Istikharah. Kalau dulu, buat solat istikharah sebab nak kawin je. Tetapi sebenarnya dalam semua urusan kita di dalam dunia ini perlu di buat istikharah. Nak beli rumah ke, nak tukar kerja ke, nak sambung belajar ke, dan apa saja...Hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dah dapat jawapannya, pasrahlah, redha dengan ketentuanNya.
So, nantikan 'jawapan' Allah untuk anak saya. Dia masih mempunyai sepuluh hari untuk menerima atau menolak tawaran itu. Apa-apa saja jawapanNya, saya sebagai ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik..
No comments:
Post a Comment