Hari ni saya nak share something yang saya pelajari semenjak dua menjak ini. Dari dulu memang tahu, tapi itulah, nama pun manusia, ada saja dalihnya.
Tentang bersyukur. Bersyukurlah atas apa sahaja yang Allah berikan kepada kita. Rezeki ke, musibah ke, apa saja, bersyukurlah sebab hati kita akan jadi tenang. Kalau rasa-rasa hati tu berkata itu dan ini, cepatlah-cepatlah di 'counter' dengan perasaan syukur ini. Memang confirm tenang! Ada orang kata, cakap memang senang. Lebih-lebih lagi kalau terima musibah. Tetapi kita mesti cuba untuk menimbulkan perasaan bersyukur tu, kalau tak kita akan merana. Allah tahu apa yang Dia lakukan sebab Dia pencipta manusia, kan?
Semenjak dua menjak ni, saya 'rasa' saya sakit itulah, sakit inilah. Pergi berubat sana-sini. Ada yang kata kena santaulah, sihirlah, sakalah, perasaan berbolak balik. Last-last saya buat pendekatan bersyukur dengan apa saja yang Allah berikan. Memanglah ini yang sebenarnya. Saya nekad, tekad, walau adakalanya 'sakit' tapi saya usaha buat juga. Dan Alhamdulillah, perasaan 'sakit' tu beransur-ansur pulih...dan hidup saya lebih tenang!
Ok. Nanti saya akan kongsikan nasihat saya kepada orang-orang yang terasa kena sihir ke atau perkara yang berkaitan dengan jin ni. Memang saya tidak nafikan ada campurtangan jin dan syaitan, tetapi kalau kita asyik kata ini perbuatan mereka yang durjana ni, sampai bila-bila kita tidak akan 'sembuh'!

No comments:
Post a Comment