Thursday, May 10, 2012

Cerita 73 - Sharing is caring

Assalamualaikum w.b.t.

Di pagi Jumaat yang indah ini, saya diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk menghadiri satu majlis ilmu yang dikendalikan oleh rakan-rakan di bahagian pentadbiran. Justeru, saya ingin berkongsi ilmu yang telah disampaikan oleh rakan pensyarah di kolej saya ini.

Kita sering berdoa semoga Allah memberi kita kebaikan di dunia dan akhirat. Tajuk hari ini adalah tentang kebaikan di dunia. Antara kebaikan-kebaikannya adalah :-

1. Mendapat hidayah dan taufik ~ Bukan semua orang dapat hidayah dan taufik ni. Hidayah bermaksud petunjuk. Manusia sebenarnya memiliki hidayah dalam diri mereka. Petunjuk yang mana baik atau yang mana buruk. Taufik pula adalah kekuatan untuk mengamal Islam. Contohnya , dengan hidayah seseorang itu tahu bahawa menutup aurat itu wajib, dan bila adanya taufik, seseorang itu akan menutup auratnya kerana takutkan Allah s.w.t.
    
   Macamana nak tahu kita dapat hidayah dan taufik ? Lihat checklist di bawah ni dan tandalah sendiri...    
    __ rasa ringan buat ibadat
    __ rasa semangat nak tahu tentang agama
    __ rasa rindu pada Allah
    __ istiqamah dalam ibadah
    __ sabar dalam hadapi dugaan

2.  Mendapat pasangan yang baik ~ ini khas untuk orang yang dah kahwin. Kalau dapat pasangan yang baik, Alhamdulillah, senanglah nak dapat pahala dalam rumahtangga. Tapi kalau tak dapat pasangan yang baik, dapat pahala tak? Dapat.....dapat pahala sabar, pahala pemaaf dan macam-macam pahala lagi. Pahala jihad pun boleh dapat sebab bila kita cuba bimbing pasangan yang kurang baik ni dan tetiba dia jadi baik..haaa...besar pahalanya....Tapi kalau nak dapat pasangan yang baik, kita pun mestilah kena baik....

3.  Rezeki yang halal ~ rezeki ni macam-macam. Kalau dalam konteks kerja, janganlah suka ponteng, jangan curi tulang dan lain-lain. Tapi kalau dah tercuri tulang macamna ek? Cubalah baiki dosa-dosa kita tu dengan bersedekah. Kalau berniaga pula, kenalah ambil kira sumber modal kita ke, jenis perniagaan dan sebagainya. Keberkatan dalam urusan mencari rezeki halal ni sebenarnya dapat dilihat. Kalau tiap-tiap bulan duit tak cukup, kaji-kajilah kenapa....

4. Berjaya menyucikan diri dari sifat mazmumah ~ kalau kita berjaya membersihkan hati kita di dari sifat hasad, dengki, bersangka buruk dan sebagainya, kitalah orang yang paling bahagia atas dunia ni...bukan senang kan tapi boleh buat kalau kita sentiasa melatih diri..tapi kalau dah rasa teruk sangat hati kita ni, berdoalah dengan Allah s.w.t. supaya diberikan hati yang baru....
      Sedikit info tentang sifat sombong. Sombong ni ada 7 sebab. 
    1. Sombong kerana ilmu ~ ikutlah resmi padi, makin berisi makin tunduk.... 
    2  Sombong kerana ibadat ~ bukan senang nak capai ke syurga Firdaus...
    3  Sombong kerana keturunan ~ semua manusia dilahirkan dari setitis air mani
    4  Sombong kerana harta ~ semua harta milik Allah
    5  Sombong kerana kekuatan diri ~ sampai masa rebah jua
    6  Sombong kerana ramai pengikut ~ ni macam Ayah Pin...last-last ntah ke mana peginya...
    7  Sombong kerana fizikal ~ usia muda akan tua juga.   

   5.  Zuriat yang baik ~ kalau ada kursus keibubapaan tu rajin-rajinlah pergi. Anak-anak ni hendaklah dipupuk perasaan malu. Rupa-rupanya Allah, kalau Dia nak hancurkan sesatu kaum tu hanya dengan perasaan malu. Bila tak malu, orang boleh mencuri, berzina, pecah amanah, berjudi, minum arak, tak tutup aurat dan buat segala kerosakan atas muka bumi ni. Betapa besar impaknya malu ni... 

That's all for today! See you in our next class......(My fav lines and my students always tease me with this. Naughty!)




No comments:

Post a Comment