Entri ini adalah untuk berkongsi pengalaman tentang kehidupan di atas dunia yang hanya bersifat sementara ini...
Beberapa hari lalu, saya mengalamai kecelaruan minda yang teramat sangat di atas perkara yang berlaku. Segala yang di lakukan tidak kena, fikiran buntu, hilang semangat dan lain-lain. Setiap pergerakan di yakini ia adalah perbuatan jin, saka dan lain-lain. Sehinggalah tiba masanya saya kembali ke pangkuan Illahi, menyerah, bertawakal dan bersabar atas ujianNya. Walau sebelum ini telah di ingatkan tentang kebesaran Allah, tetapi benar syaitan akan sentiasa cuba menyesatkan iman manusia.
Saya ingin berkongsi dengan semua walaupun ramai yang telah tahu tetapi mungkin tidak pernah melakukannya. Saya bermula dengan zikir ayat Kursi...dan sungguh tidak di sangka, segala kesalahan saya 'ditunjukkan' sehingga saya tidak mampu lagi menolak kebenarannya. Ya Allah...ampunkan saya....
Kini, saya yakin dan pasti, memanglah Allah menghantar bala tentera jin dan syaitan ini untuk menyesatkan manusia tetapi sebagai hambaNya, kita hendaklah menyakini bahawa segala yang terjadi adalah kehendak Allah s.w.t. Tanpa izinNya, datanglah jin Ifrit sekalipun, tidak mungkin seseorang manusia melakukan perkara yang dibenci Allah. Sebagai hamba yang lemah, kita kadangkala lupa, dari luaran orang tidak tahu apa di dalam hati kita tetapi Allah Maha Mengetahui. Segala yang berlaku adalah dari 'doa' hati yang jahat hasil hasutan jin dan syaitan.
Oleh itu, ingatan kepada saya dan juga sesiapa yang membaca blog ini yang rasa ada sakalah, ada gangguan jinlah dan lain-lain, sebenarnya segalanya datang dari Allah s.w.t. Janganlah kita kata sebab kita ada saka lah kita jadi macam ni, ada gangguan jin kita jadi macam tu, memang betul tetapi lihat kembali kepada makanan roh kita. Mengikut Imam Ghazali, ada enam perkara yang perlu untuk mendapat roh yang baik iaitu Solat, Zikir, Membaca Al-Quran, Sabar, Tawakal dan Hijrah. Memang bukan senang tetapi kita sentiasa di beri pilihan...syurga atau neraka?
Akhir kalam, manisnya ujian ini......
Al kisah manusia yang sombong (Petikan dari blog www.sharifahaisiah.com)
Nikmat kekayaan itu diuji dengan kekufuran. Ramai manusia yang asalnya dari keluarga miskin, berjaya dan kaya, lantas menjadi sombong. Kesombongan merajai hati. Merasakan diri berharta, hinggakan lupa, siapa kita pada awalnya? Harta yang bertimbun tidak dapat membeli jiwa manusia lain. Tidak dapat membayar harga sebuah silaturrahim. Bersuka-suka memperlekehkan orang lain. Walhal, Allah sendiri tidak membezakan hambaNya. Ramaikan manusia begini. Terkadang mereka itu hampir saja dengan kita. Semua ini hanya kerana lupa diri. Langit itu masih tetapi tingginya. Dan kita, hanyalah dari bumi. Dari setitik mani. Terkadang, ada yang hanya menumpang tuah suami. Itu tidak mengapa, rezeki masing-masing. Cuma, jangalah berbusuk hati dan lekas menghukum orang lain, hanya kerana kurang bernasib baik dalam alam rumah tangga. Tiada apa yang mesti dibanggakan. Rumah yang besar?? Bila--bila saja boleh runtuh. Cinta suami?? Bila-bila saja boleh hilang. Belaja mensyukuri segala nikmat yang diberi. Bukannya berhasad dengki sana sini. Merasakan diri ini kaya dan berhak menghina sesiapa saja, di mana-mana dan dengan maki kesat yang entah apa-apa. Inilah yang dikatakan ujian kekayaanb, kufur nikmatnya. Allah akan menimpakan bala. Ingat pada Janji Allah. Manusia yang lupa bersyukur, Allah lupa padanya. Tiada guna membangga diri dengan Hajah, jika tidak ubah seperti al-abid pada tingat langit yang pertama. Kasihanlah manusia yang hatinya buta. Yang hatinya beraja pada kekayaan dunia. Kata-katanya bongkak, sombong, suka pula berkej-keji di belakang. Aduhai, insaflah!!!Masih ingat kisah ini???
Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, “Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah.”
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, “Aku membuat apa yang aku kehendaki.” Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Kisah iblis yang sombong dan bongkak. Sekadar peringatan untuk diri penulis.
No comments:
Post a Comment