Suatu kaedah pendidikan Islam berbunyi :
"Janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti mana orang tuamu mendidikmu.
Sebab mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu"
Ya, bukan senang mendidik anak. Pepatah Melayu selalu berkata, biar menjaga lembu sekandang dari menjaga seorang anak perempuan. Teruk betul orang melayu ye, di samakan anak perempuan dengan lembu!
Memiliki 6 orang anak, 2 perempuan dan 4 lelaki, memang mencabar fizikal, emosi, minda dan segalanya lah. Karenah anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. Kehendak si kakak tak sama dengan si adik lelaki. Kelakuan seorang anak lelaki dan anak lelaki lain juga tak sama walau gendernya sama.
Ada rakan saya berkata, "Kau tak apa, anak-anak kau baik, mendengar kata". Ye ke? Alhamdulillah..Memang saya tidak nafikan, anak-anak saya mendengar kata saya. Mereka ni amat berpegang kepada syurga itu di telapak kaki ibu. Moga-moga berterusanlah hendaknya.
Yelah, zaman ni bermacam dah kita dengar. Dalam akhbar minggu lepas, di beritakan ramai anak-anak tidak menuntut jenazah ibubapa atau melawat ibubapa yang tenat di Pusat Jagaan Orang Tua. Mereka hanya datang untuk mengambil sijil kematian untuk pengurusan harta pusaka. Sampai hati ye. Moga Allah bukakan pintu hati mereka.
Jadi hari ni saya nak perturunkan sedikit ilmu bagaimana saya mendidik anak saya. Walaupun anak-anak saya tidaklah begitu hebat dalam bidang akademiknya tetapi dari segi akhlaknya boleh dipuji. Bab akademik saya tak nak komen. Kalau dua-dua hebat, tentulah tahun depan saya di anugerahkan award ibu mithali...
Pertama ~ Doa ibu tiada hijabnya...Hari-hari berdoalah untuk kesejahteraan anak dunia dan akhirat. Sebutkan nama mereka satu persatu. Kalau mereka mendengar doa itu lagi baik. Bab doa ni memang top of the list. Semua ibu wajib buat ni....
Kedua ~ saya tidak mendidik anak seperti ibubapa saya mendidik saya. Ada benarnya kaedah pendidikan Islam di atas tu. Bukan bermakna ibubapa saya tidak mendidik saya dengan baik, cuma ada beberapa perkara yang perlu di adjust untuk bersesuaian dengan zaman ini. Contoh, arwah ibu saya tidak pernah menegur segala kesalahan saya kerana arwah ibu saya ni sangat baik dan pendiam orangnya.
Sekarang, saya akan menegur segala kesalahan anak-anak saya dan di back upkan dengan cerita, pengalaman, hadis Nabi atau dalil-dalil Al-Quran. (walau kita bukan ustazah, kita kena ambil tahu serba sedikit tentang ini. So, kena banyak membaca.) Sebab zaman berubah. Mereka ni hidup dalam dunia tanpa sempadan. Dulu tak ramai orang jahat, sekarang ramai. Dulu tak ada gadget pelik-pelik, sekarang tak terkejar arus teknologi, dengan i-padlah, i-podlah, tabletlah, BBlah, ntah apa-apa walau fungsinya hampir sama. Jadi buat ibubapa di luar sana, adjustlah mana-mana yang patut.
Ketiga ~ saya sudah menjalani kehidupan yang agak panjang ..(cara halus nak bagitahu dah tua!) Jadi segala pengalaman saya terutama sekali yang entah apa-apa, tidak akan di benarkan sama sekali di lakukan oleh anak-anak saya. Contohnya, pada zaman sekolah, saya suka juga melepak di shopping complex bersama rakan-rakan sekolah. So, sekarang saya tidak benarkan anak-anak saya melepak tak tentu hala kerana saya tahu lebih banyak buruk dari baiknya. Walau ada yang berkata, tak baik kongkong kebebasan anak, tapi saya dah melaluinya dan tahu keburukannya. Dan Alhamdulillah, anak-anak saya tidak gemar melepak bersama kawan-kawannya. Jadi, mana-mana perangai kita yang kita rasa tak ok, jangan benarkan anak kita ikut.
Keempat ~ saya cukup menjaga tentang siapa kawan-kawan anak saya. Saya kena tahu dengan siapa dia berkawan, anak siapa, tinggal di mana dan sebagainya. Kerana pengaruh kawan ni sangat besar. Saya tidak benarkan anak-anak saya berkawan dengan mereka yang bercakap kotor atau mencarut sesuka hati. Saya juga tidak benarkan anak-anak saya pergi ke rumah rakannya apatah lagi bermalam di rumah rakan. It's a taboo. Kalau kawan-kawan dia datang ke rumah, ok, no problem. Alhamdulillah, kawan-kawan mereka selalu datang ke rumah untuk bermain sebab tahu anak-anak saya ni tak boleh ke rumah mereka. Kejam kan? But it's for their own good.
Kelima ~ saya tidak membelikan gadget gadget yang merosakkan minda anak-anak kecuali tv. (TV ni pun sebenarnya tak bagus) Saya tidak mengadakan line internet di rumah kerana bimbang disalahguna. (walau si kakak kadangkala melayari facebook dari telefon) Anak-anak lelaki tidak dibenarkan memiliki telefon yang ada kamera atau yang canggih-canggih. Bahaya! Anak-anak digalakkan buat kerja rumah tak kira lelaki atau perempuan. Memasak, vakum, mop lantai, mesin rumput, siram pokok bunga, jaga angsa (memang ala kampung), basuh pinggan dan lain-lain. Jadi diaorang tak rasa bosan sebab bannyaaakkkkkk kerja boleh buat dari mengadap menda-menda yang tak berfaedah tu. Walau mungkin ada yang akan berkata, saya kolot, saya tak peduli, sebab mereka anak saya dan saya makan asam garam lebih dahulu dari mereka.
Keenam ~ saya sentiasa menerapkan sifat-sifat mahmudah dalam diri mereka. Contohnya sifat malu, rendah diri, jangan sombong, jangan bongkak dan sebagainya. Alhamdulillah majoriti anak saya ni pemalu dan tak sombong..hehehe..macam ibunya juga!
Sebenarnya banyak lagi. Tak terkira banyaknya. Tapi cukuplah yang penting-penting. Yang di sharekan di atas tu penting untuk menghadapi cabaran mendidik anak zaman sains dan teknologi ni. Walau kadangkala kesian dengan anak-anak kerana agak terbelakang dan agak kekampungan dari anak-anak orang lain yang IT savvy atau hidup dengan cara orang bandar, saya rasa cara ini adalah terbaik untuk menjaga mereka dari mehnah dan tribulasi kehidupan di dunia ini sebab hidup di dunia sementara, mati itu pasti.

| Adilah, Syafiq, Luqman, Firdaus, Areef, Adni |

madam!
ReplyDeleteBest best!
Tulisan madam pengubat rindu..pointnya sama sedap dengan kek coklat madam! XD