Monday, October 3, 2011

Cerita 45 - Tiga Kata...

Hmmmm....tiga kata yang sering disebut oleh setiap manusia pelbagai bangsa dan agama. 

Hari ni saya mendengar lagu Tiga Kata milik KRU (one of my favourite artist) dalam kereta menuju ke ofis bersama Cik Abang.. Kadangkala hampir terlupa bilakah ucapan I Love You tu di ucap kepada Cik Abang and vice versa....bukan bermakna tak sayang tetapi kadangkala kesibukkan menguruskan hal rumahtangga dan diri sendiri menyebabkan kalimah I love you tu jadi tak penting walhal pada zaman bercinta dulu, sibuk camana pun tetap diucap I love You..hihihi...

Teringat satu berita yang di baca malam tadi tentang seorang perempuan yang dalam proses perceraian tapi tak bercerai lagi, menangis kerana  suaminya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kematian. Di lihat pada gambar, perempuan itu menangis, dan interpretasi saya mungkin dia masih menyayangi suaminya cuma luahan hati tidak diekspresikan dengan baik sehingga mungkin menjadi punca kepada hampir perceraian itu dan seterusnya kehilangan orang yang dikasihi buat selama-lamanya....

Oleh itu, hari ni saya mengucapkan I Love You kepada Cik Abang saya yang membuatkannya tersentak dan harap-harap janganlah saya di katakan buang tabiat..hihihi...Bukan tidak sayang cuma cara meluahkan sayang itu agak berbeza dengan cara masa muda dahulu...


Dan juga kepada anak-anak saya dan ahli keluarga, tak lupa juga kepada rakan-rakan dan semua pelajar saya, WO AI NI, I LOVE YOU, AKU CINTA PADAMU, NAAN UNNAI KATHALIKARAEN, SARANGHAEYO, AISHITERU.........

2 comments: