Hari ni pagi-pagi lagi dah warning rakan sepejabat..."mood kurang baik"....
Entah kenapa hari ni rasa nak marah. Sebenarnya dari semalam dah episod marah ni ada. Cuma tak meledak je. Cuma mengeluarkan asap je dulu...Tapi pagi ni..nah ambik kau...muntahan lahar keluar berapi-api....
Hati ni nak marah pada seorang lelaki...Chef Two...kesalahan yang di lakukan berulang-ulang sampai naik jelak di buatnya. Apa ke pandir sangat tak faham-faham apa orang kata. Sebagai isteri, tugas kita menasihati, menasihati, menasihati..berbuih mulut bagi nasihat...tapi gitu jugak yang di buatnya. Habis segala dalil keluar tapi di pusingkan fakta. Memanglah orang lelaki ni. Kalau tak sabar dah lama lari ikut Brad Pitt atau Johnny Depp...bosan betul!
Kesalahan yang tak patut di lakukan. Bukan saya je yang kata, ramai orang kata. Tapi dia je kata betul. Jadi salah siapa. Tentulah salah dia. Sebab dia je kata betul. Tapi itulah, Allah dah jadikan lelaki dan perempuan ni berbeza. Dengan perbezaan itulah lelaki dan perempuan ni saling melengkapi. Tapi adakalanya boleh jadi meroyan dengan perangai lelaki ni..
Tapi iyelah...marah perempuan ni kejap je. Macam kerak nasi. Lepas dah meledak, cairlah hati. Sekali-sekala kena juga menghamburkan kemarahan yang terpendam. Sebab kalau di simpan lama nanti jadi barah, senyap tapi membunuh. Agaknya inilah satu cara kami dapat mempertahankan perkahwinan selama 18 tahun. Marah marah marah lepas tu coooooollllll.
Jadi tips untuk hari ni adalah ......
~ kalau ada tak puas hati tu, silalah marah atau luahkan. Biar pasangan anda tahu apa yang terbuku di hati.
~ kalau nak confront tu, pastikan anda membawa bersama dalil-dalil atau nas-nas supaya pasangan anda tak boleh betah.
~ tapi kalau dia dah minta maaf dan akui kesalahannya, maafkanlah...
~ terima hakikat bahawa kita tidak boleh merubah seseorang seperti yang kita hendaki.
~ tapi sekiranya perubahan itu menjadikan dia lebih baik, teruskanlah menasihati walau berbuih mulut..
p/s : Chef Two, I love you. But if I found someone more handsome than you, I might have to say goodbye....hihihi.....(mode : cool)
No comments:
Post a Comment