Hari ini saya akan berkongsi cerita tentang kisah kasih ayah.
Selalunya, jasa ayah atau abah atau papa atau daddy ni sering di lupakan oleh anak-anaknya. Mungkin pada mata kasar si anak, pengorbanan ayah tidak sehebat ibu, atau mungkin terdapat banyak kepincangan dalam sesebuah keluarga berpunca dari ayah, atau mungkin ayah kerjanya hanya mencari rezeki sehingga lupa untuk memberi kasih sayang kepada anak-anaknya dan seribu macam lagi kemungkinan.
Entri saya hari ini adalah kisah benar yang terjadi kepada diri saya sendiri. Seringkali saya melupakan jasa ayah walaupun ayah saya tidak pernah lupa untuk memberi perbelanjaan setiap bulan pada zaman remaja saya. Ayah juga sering membawa kami sekeluarga bercuti apabila tiba cuti sekolah. Ayah juga akan menghantar saya ke klinik apabila sakit. Dan bermacam-macam lagi ......
Tetapi mengapa saya sendiri terlupa tentang pengorbanannya, saya pun tidak pasti... Dengan peningkatan umur dan dengan ranjau-ranjau kehidupan yang telah saya lalui , KINI, saya amat menghargai kasih ayah saya. Pasa usia saya begini, ayah sentiasa membantu saya apabila saya di dalam kesusahan seakan saya masih lagi di bawah tanggunggannya sama seperti saya di zaman remaja walau kini saya sudah berumahtangga dan memiliki anak!
Justeru, buat anak-anak di luar sana, hargailah kasih ayah. Walau mungkin ayah tidak pernah menjaga kita seperti ibu kita atau mungkin ada perkara-perkara yang dilakukannya tidak seperti yang kita harapkan, tetapi sebagai anak cubalah buka mata, minda, buangkanlah perasaan dendam sekiranya ada, kerana sesungguhnya ayah kita memang mengasihi kita cuma caranya berbeza dengan cara ibu yang lebih bersifat penyayang.
So, buat ayah saya sekiranya beliau membaca blog ini, maafkanlah saya sekiranya terlupa tentang pengorbanan ayah selama ini dan terima kasih tidak terhingga di atas segala jasa baik ayah....
"Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku dan
kasihanilah sebagaimana mereka mengasihiku pada waktu kecil"
No comments:
Post a Comment