Tuesday, August 2, 2011

Cerita 26 - Tanah Kubur

Pagi tadi saya telah menonton sebuah drama di Astro Oasis tajuknya Tanah Kubur. Saya mengandaikan kisah-kisah dalam drama ini mungkin berdasarkan kisah benar yang berlaku sewaktu pengebumian jenazah. Kisah hari ini tentang seorang lelaki yang sangat pemurah dan sering bersedekah tetapi bila beliau mati, jenazahnya bangun dan duduk. Dan dikebumikan oleh orang kampung dalam keadaan duduk. Pelik juga tetapi rupa-rupanya beliau suka bersedekah ke masjid dan sebagainya dengan harapan orang-orang kampung akan tahu tentang sedekahnya itu, kira riya' lah tu...

Teringat cerita Imam Muda Nuri (seperti yang diceritakan oleh beliau sewaktu memberi ceramah di sekolah anak saya). Tentang pengalaman beliau menguruskan jenazah dalam satu episod Imam Muda. Jenazah yang tidak dituntut dan reput sehingga jari beliau tertusuk ke dalam jenazah itu. Dan bila di bawa ke tanah perkuburan, memerlukan seramai 20 orang untuk mengusung keranda dan juga bila tiba, tanah kubur dipenuhi air. Subhanallah..Hanya Allah sahaja yang Mengetahui...Dan dari cerita beliau, orang itu telah muncul dalam mimpi beberapa Imam Muda dan mengucapkan terima kasih kerana menguruskan jenazah beliau.

Bagaimana nasib saya kelak? Takut, bimbang, dan sebagainya menerjah diri. Semoga Allah tetapkan iman dan  akhiri hidup saya dengan cara yang baik...Amin.




No comments:

Post a Comment