Semua orang Islam wajib tahu tentang puasa. Puasa ialah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Sepanjang berpuasa kita hendaklah memperbanyakkan melakukan ibadah memandangkan banyak ganjaran pahalanya.
Bukan hanya manusia melakukan ibadah puasa ini. Haiwan dan tumbuhan juga berpuasa. Kalau haiwan, selalunya time dia bertelur.
![]() |
| Pic taken on 7.8.2011 |
Buktinya haaaa tengok gambar ni, angsa saya ni hanya keluar waktu pagi untuk minum-minum dan makan. Itupun sikit saje dan terus duduk dalam sarang dia tu sampailah keesokkan paginya.Walau kita hulurkan makanan atau sediakan air berhampiran dengan dia, tak akan di usik. Dan yang kesiannya adalah partner angsa ni...lonely...tapi nak buat macamana kan...makwe dia tengah berpuasa!
![]() |
| Pic taken on 7.8.2011 |
Kalau tumbuhan berpuasa pula adalah apabila pokok yang segar bugar tetiba daunnya berguguran atau layu . Tengok kat gambar sebelah ni. Ni gambar pokok rambutan yang saya tanam. Beberapa hari lalu, saya terkejut kerana melihat daunnya yang tidak secantik seperti selalu. Ingatkan dah nak mati. Tetapi semalam nampak tumbuh daun baru yang lebih cantik.
Memang ada kajian saintifik tentang semua perkara ini, tetapi sebagai orang Islam saya berpegang kepada apa yang di katakan bahawa haiwan dan tumbuhan juga berpuasa. Mereka pun makhluk Allah juga kan....


No comments:
Post a Comment