Friday, April 1, 2011

Cerita 5 - Angsa vs Geese

Students, tell me one thing you love that is free?
Air, madam! Parents, madam! My handphone, madam!
Ok, I will tell you one thing I love that is free.....My two geese!
Geese??? Apa tu geese, madam?
One goose, two geese...pap..pap..pap...angsa lah
ooooooo angsaaaaaa....(see! translation works!)
My father gave me the geese and it's free...
Madam ni macam orang kampunglah, bela ayam, itik, angsa....
Ha ha ha.. biarlah kamu nak kata madam macam orang kampung, madam suka, sekurang-kurangnya madam tak lupa asal usul madam....


That was my conversation with my students in the class. Talking about being ‘orang kampong’, the students are quite surprised to see their madam, teaching them English (supposedly kenalah macam omputih) but behaving like orang kampong with all the ayam itik things….But that’s me! Aku adalah aku! I’m not pretending, I’m not hypocrite! And I love the way I am….

Cerita pasal angsa ni, kami (saya, abang dan adik) diberi ‘tugasan’ membela angsa oleh ayah saya. Entahlah kenapa, mungkin ayah juga tidak lupa asal usulnya...(suatu masa dulu waktu kami kecil-kecil, dia pun membela angsa dan kami ditugaskan menjaga angsa2nya) Dengan adanya angsa ni, mengingatkan kami pada zaman kanak-kanak di mana setiap petang selepas bermain, kami mesti menghalau angsa ke dalam rebannya. Dan kini anak-anak kami pula di tugaskan menghalau angsa ke rebannya selepas mereka bermain. Satu putaran hidup yang sangat signifikan! Menjaga angsa ni bukannya susah. Hanya tukar air, bagi makan. Dan yang bestnya, hanya angsa saya je bertelur dan sehingga hari ni (1/4/2011) dah 10 biji telurnya. Bukan senang tau dapat angsa boleh bertelur! 

Ini telur ke 8 dan 9.....
Dengan adanya angsa di dalam kehidupan anak-anak saya, adalah di harap mereka tidak melupakan asal usul mereka walau apa profession yang akan disandang oleh mereka kelak…Insya Allah…..



No comments:

Post a Comment