Thursday, April 7, 2011

Cerita 7 - Bercinta hingga akhir hayat

Hari ni saya nak bercerita tentang cinta...Hmm..cinta ini sebenarnya sesuatu yang sangat indah. Sebelum kenal suami saya yang saya cintai ini, saya pernah juga bercinta dengan jejaka-jejaka di zaman persekolahan dan di zaman saya di universiti. Tetapi itu semua saya kategorikan sebagai cinta monyet (sebab selalu bergayut di telefon dan menghabiskan ratusan RM hanya untuk berbual kosong)


Tahun ni genap 18 tahun saya hidup bersama suami tersayang.. dan memang benar cinta itu indah. Perasaan indah itu sebenarnya sukar di gambarkan dengan kata-kata. Kebahagiaan itu terbentuk melalui satu hubungan yang sentiasa tenang. Tipulah kalau tak  pernah bergolak, tetapi semuanya dapat di atasi dengan tenang. Sebagai isteri, sebenarnya kita perlu banyak mengalah dan mengalah bukan bermakna kalah!

Berikut adalah tips dari Prof Madya Dr Asiah Ali UITM Shah Alam tentang petua untuk menjaga kerukunan rumahtangga ;
-                     Komunikasi mestilah dijaga. Jangan sampai menyinggung perasaan pasangan.
-                     Faham memahami especially apa yang disukai dan tidak disukai pasangan
-                     Jadi pendengar setia walau adakalanya kita tak faham apa yang dia cerita
-                     Berkongsi pengalaman hidup anda dan pasangan supaya kita lebih mengenali pasangan anda dengan lebih baik
-                     Jaga penampilan walaupun di rumah (jangan rambut mengerbang macam hantu Kak Limah!)
-                     Memberi hadiah tak kira bila supaya menambah kasihsayang
-                     Puji pujian walaupun sedikit
-                     Layanan kemesraan terutamanya di dalam rumah. (Jgn biar rumah bersepah, pakaian kotor bertimbun dll – pendekata kena rajin!)
-                     Dan akhirnya jaga hubungan asmara….Ehem..semua orang suka dibelai dan dicintai…

Setelah dibaca tips di atas, dapat saya simpulkan hampir semua tips tersebut saya lakukan walau mungkin masih ada kekurangannya. Walaupun kadangkala kita rasa pasangan kita tidak sempurna di mata kita, tetapi kita kena ingat juga bahawa kita juga tidak sempurna. Dan akhir sekali jangan lupa sentiasa berdoa kehadrat Ilahi supaya kita terus disayangi dan menyayangi…Amin....

No comments:

Post a Comment