Apa agaknya cerita bas no 10 ni? Adakah cerita hantu? Atau cerita tentang bas mini yang dah tak beroperasi tu? Atau cerita bas sangkut-sangkut? Sebenarnya berbagai interpretasi boleh di buat tentang cerita bas no. 10 ni. Tapi interpretasi saya bersama kawan-kawan yang sama waktu dengannya, bas no 10 ini sebagai skala terutamanya bagi mereka yang dah lama berumahtangga dan boleh juga di gunapakai untuk mereka yang dah lama di alam pekerjaan (kira dah hampir pencen lah tu!)
Dari sudut rumahtangga ni, saya kini berada di dalam bas no. 10 (kalau orang baru bas no. 1 lah !) Sepanjang perjalanan dari bas no 1 hinggalah bas no 10 ni, macam-macam ‘pemandangan’ dah saya nikmati (yang tak nikmat pun sama banyak) Kalau dulu di bas no. 1, pergaduhan dengan suami agak kurang sikit almaklumlah semuanya masih wangi..bila naik bas no. 2, 3, 4 dan seterusnya, mulalah macam-macam bau ada! Yelah, bila pekung dah terbuka, banyak benda baru tahu! Tapi itulah sebenarnya asam garam berumahtangga, kalau boleh bertahan, kekallah rumahtangga. Tapi kalau tak boleh tahan, tu yang jadi bercerai berai tu. Bila diingat semula masa naik bas no 1 hingga no. 9, banyak menda yang tak ntah apa-apa kita nak cuba buat pada pasangan kita. Kadangkala kita cuba nak ubah dia ikut acuan kita. Kita cuba jadikan dia apa yang kita nak. Tapi bila dah di bas no. 10 ni, barulah perasan kita tidak boleh mengubah manusia kecuali dengan kesedarannya sendiri. Kalau secara paksaan, selalunya tak kekal lama dan nanti kita di label queen control dan paling haru dengan label tu kita dapat madu! Sebenarnya kita dan pasangan kita dah saling melengkapi dan kenalah belajar untuk menerima pasangan kita seadanya, kalau tak, takkan kita kahwin dengan dia kan!
Dari sudut alam pekerjaan pula, bila dah di bas no. 10, bermacam-macam situasi dah kita lalui. Politik ofis, persaingan sesama sendiri, kerja kita tak dihargai, naik pangkat, turun pangkat, naik gaji, turun gaji, kita kerja orang malas kerja, kita malas kerja orang pulak rajin kerja dan macam-macam lagi. Bila di bas no 1, mungkin tak sedar semua ini sebab tengah seronok pegang duit sendiri. Tapi bila terjebak dengan perkara-perkara begini, mulalah rasa duit sendiri pun dah tak ada makna lagi…hilang keseronokkan bila dapat gaji, hilang kegembiraan bila di ofis sendiri, duit gaji tak cukup-cukup dan macam-macam lagi..Mulalah melilau cari tempat kerja baru yang sebenarnya sama saja keadaannya jika kita bersikap negatif…Bila di bas no 10 ni, kita patutnya dah tak perlu perkara-perkara begini. Pekerjaan kita adalah Ibadah, keberkatannya diperolehi jika kita benar-benar ikhlas dalam apa jua yang kita buat. Benar kata Prof Ungku Aziz, Rajin bercakap, rajin bekerja = Bagus sekali ; Rajin bekerja, malas bercakap = kena buli ; Malas kerja, rajin bercakap = wayang cina ; Malas bekerja, Malas bercakap = tak guna; Malas bekerja, suka mengadu = nyanyuk; Malas bekerja, selalu ponteng = baik berhenti; Malas bekerja, Suka menyibuk = baik mati. Bekerjalah kerana Allah swt. Sebelum Allah menunjukkan sifat aku melalui ‘CCTV’ Nya nanti, aku akan cuba sedaya upaya untuk berada di baris pertama kata-kata Prof ni…Amin….
No comments:
Post a Comment