Tuesday, April 19, 2011

Cerita 13 - Suratan Atau Kebetulan..

Hari Ahad lepas,  17/4, saya telah menerima berita, suami kepada sepupu saya telah pulang ke Rahmatullah selepas 3 bulan menderita ‘brain tumor’. Sepupu saya ini baru setahun berpindah dari Kuala Lumpur dan dia telah membeli rumah arwah peninggalan mak saya di Peramu, Kuantan. Arwah mak tak sempat pun duduk di rumah tu ……..

Nak di jadikan cerita, pada malam ahad tu, ayah menelefon dan meminta saya menghantar kain batik lepas untuk kegunaan arwah suami sepupu saya itu. Jadi, saya menghantarnya ke hospital dan menunggu jenazahnya di rumah mereka. Bila berada di rumah tu, saya teringat pada malam 19hb Jun 2008 jam 3.00 pagi, saya ke rumah tersebut untuk mengambil kain batik lepas yang telah di susun rapi oleh arwah mak semasa hidupnya. Kain itu telah di gunakan untuk menutup jenazah mak sebaik arwah tiba di rumah saya..

Dan pada malam 17/4 tu, kain batik lepas yang telah saya ambil pada 19hb Jun 2008 tu, telah kembali semula ke rumah itu dan di gunakan untuk menutup jenazah suami sepupu saya tu. Sangat nostalgic suasana pada masa saya melihat jenazah beliau di ruang tamu rumah tu….Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas arwah Abang Zakaria dan juga kepada arwah mak saya…..
Suratan Atau Kebetulan……..??

No comments:

Post a Comment