Assalamualaikum. Lesson no 5 di mulai dengan ayat di atas.......
Tiba masanya mengubah beberapa perkara kepada 360 darjah. Dan salah satunya ialah tentang pendidikan anak-anak. Ya Allah, Tuhan saja yang Maha Mengetahui betapa susahnya mendidik anak-anak demi untuk menjauhkan mereka dari azab api neraka. Lesson ini sangat sesuai untuk semua, baik yang dah kahwin, atau yang rasa-rasa nak kahwin, dan juga buat anak-anak di luar sana.
Sebelum ni tak kisah sangat. Asal suruh anak-anak sembahyang, kira oklah, itupun tak tau dia sembahyang atau tak. Kadang-kadang budak ni dia pandai, ambil wuduk, pas tu lepak je dalam bilik, konon-konon sembahyang. Time orang azan, tengok tv, especially time maghrib masa tulah drama kat tv tengah climax, rugi tak tengok. Bila iklan solat cepat-cepat, iklan 3 minit, solat pun 3 minit! Tu belum lagi kisah game PS2, 3 or 4, azan berkumandang, masih leka lagi. Berhenti bila waktu solat dah dekat nak habis. Dan macam-macam lagilah aktiviti yang mengundang kelalaian dan ke alpaan....
Tapi salah merekakah???Salah mereka 100% ke yang buat mereka lalai sebegitu? Berbalik pada ayat di atas tu, peliharalah dirimu dan keluargamu..parents kenalah pelihara diri, barulah anak-anak boleh pelihara diri... Dan sekarang, mereka 'ditekan' untuk mengubah cara hidup selari dengan hasrat ibubapa yang tidak mahukan mereka menjadi bahan bakar api neraka. Dan saya akui sangat susah... Anak-anak sudah remaja, ada yang dah pandai memberontak, benar-benar menguji kesabaran. Macam-macam tingkah laku. Ada yang minta 'cuti' untuk tidak ke masjid, ada yang pura-pura sakit bila kena bangun awal pagi, yang besar sikit memberontak lagi teruk, kadangkala sampai tidak mahu melihat muka ibubapa sebab menyekat banyak aktiviti mereka, ada yang kata 'hidup dah tak berapa happy', tapi kita kena kuat, jangan mengalah, biar dia nak marah kita sekarang, jangan nanti kita di persalahkan....Sebab tu ada pepatah kata kalau nak melentur buluh biar dari rebungnya, bila dah jadi buluh silap lentur boleh patah dibuatnya..tapi lenturlah dengan hikmah...
Jadi ibubapa dan bakal ibubapa di luar sana, carilah ilmu sebanyak mungkin kerana cabaran mendidik anak bukan sedikit. Unlessssssssssss kalau kita tak kisah je anak kita jadi bahan bakar api neraka.. Tapi ingat, kalau dia jadi bahan bakar api neraka, kita sebagai ibubapa bagaimana pula ye???

No comments:
Post a Comment