Wednesday, August 29, 2012

Cerita 84 - Lesson # 6

Assalamualaikum wbt..

Semalam saya dan rakan-rakan pergi melawat seorang pelajar kami yang dirempuh oleh motor dari belakang. Semasa di hospital, banyak lesson yang saya ingin saya kongsikan.......

"Maaf ye. Sebentar tadi jantung pesakit terhenti selama 8 saat. Harap pihak puan bersedia dengan
sebarang kemungkinan" kata doktor kepada sekumpulan saudara-mara pesakit.
Lesson :  Setiap yang hidup pasti akan mati.  

"Tak sangka. Turun je dia dari bas, terus dia dilanggar dari belakang"
Lesson : Malang tidak berbau. Bacalah "Bismillahirahmannirrahim" dalam setiap urusan kita. Semoga  
kita sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

"Sedihnya tengok mak dan ayah dia. Merah mata mereka menangis"
Lesson : Ibubapa mana tak sayangkan anak. Setaip ujian hendaklah dihadapi dengan sabar.

"Kesiannya tengok pesakit dalam wad ni. Tot tet tot tet bunyi mesin kiri kanan, koma semuanya.."
Lesson :  Buatlah amal ibadat sebanyak mungkin. Ingat waktu sihat sebelum sakit.

"Bapanya tak mahu sign borang kebenaran bedah. Dia nak biarkan aje anaknya tu. Tak tahulah kenapa"
Lesson : Tidak mahu berikhtiar dan berusaha. Memanglah ajal maut di tangan tuhan tapikan kita boleh    
berusaha dan berdoa atas tiap sesuatu yang berlaku.

"Budak tu drug addict. Patutlah dia kena macam tu"
Lesson :   Setiap musibah adalah hasil perbuatan kita sendiri. Muhasabah diri...
Firman Allah : “Dan… apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia disebabkan oleh 
perbuatan tangan kamu sendiri..” (as-Syura : 30) 

Yang pasti, saya insaf dengan apa yang berlaku di hospital. Agak terganggu juga perasaan pada waktu itu. Semoga Allah sentiasa melindungi saya, keluarga, saudara mara dan sahabat handai dari sebarang musibah. Aminnnn..

No comments:

Post a Comment