Monday, April 2, 2012

Cerita 63 - "Cita-citaku" ~ Satu cetusan rasa.....

Assalamualaikum. Entri hari ni untuk semua. Not restricted to certain age or gender! 

Cita-citaku...teringat masa sekolah dolu-dolu, kalau cikgu tanya apa cita-cita, mesti saya jawab nak jadi askar. Pelik, kan? Nak kata mak ayah kerja askar, tak pulak. Tapi bila recall balik memori masa lalu, sebab nak jadi askar tak lain tak bukan kerana pengaruh tv. Masa tu citer paling top adalah citer 'Combat'. Pernah tengok tak? Mesti tak pernah kan...Citer Combat ni kisah askar perang dalam hutan. Dah tak berapa ingat kisahnya....

Sangat besar pengaruh tv rupanya. Patutlah cita-cita anak saya nak jadi Doraemon dan Ultraman!

Oklah, berbalik kepada kisah cita-cita ni...Setelah melalui berbagai episod dalam kehidupan ini, ropa-ropanya    cita-cita seseorang ni boleh berubah mengikut masa dan persekitaran. Tak pernah terfikir pun nak menjadi cikgu/pensyarah tapi disebabkan ada sedikit ilmu, dah jadi pensyarah...padahal berbelas tahun kerja di bahagian pentadbiran.

Dan sekarang, masa dan persekitaran telah membuatkan saya tiba-tiba rasa nak berubah....berasa macam nak tukar cita-cita pulak...tapi nak jadi apa ek?

Hmm..just wait and see....





No comments:

Post a Comment