Wahhh...pagi ini dikejutkan oleh desas desus mengatakan tentang minyak akan naik 40 sen menjelang tengah malam ni. Kecoh juga warga di sini menyalahkan pihak-pihak di sana. Yelah, ada benarnya apabila ramai yang mengeluh. If they were in our shoes, they should know better. Yang mereka buat pembaziran sangat-sangat semasa election tu kenapa? Bukan nak menyebelahi mana-mana pihak, but I witness their people burnt hundreds or may be more flags yang ntah berapa ribu nilainya after the election day...tak ke membazir? Ok, tutup bab politik, rasa-rasanya dah banyak dosa lidah sepanjang musim election ni...
Time lunch tadi, I followed my BFF shopping. Shopping raya...(ehek..bulan Rejab pun tak masuk lagi cik kak oii...) And I was influenced too..*peace* I bought one tudung which is a little bit fancy I guess tapi menepati syariat lah..Masa nak beli tu, saya teringat masa dalam kelas, seorang student lelaki menegur saya, "Madam..madam selalu pakai tudung macam ni ke? Madam tak pakai ke tudung fesyen fesyen macam sekarang ni yang ada ropol-ropol tu ke, yang fancy-fancy..?" Errkk...actually masa tu saya agak terpana, yang mana saya hanya mampu jawab 'Tak..' that's it, full stop!
Bila balik, saya terfikir tentang pertanyaan student tu. Saya tahu pertanyaan dia ikhlas. Sebenarnya semester lepas adalah percubaan pertama saya memakai tudung jenis biasa yang saya rasa agak menepati syariat. Agak janggal pada mulanya, tetapi bila dah terbiasa ok saja. Pada mulanya ada perasaan seperti ketinggalan zaman *hasutan syaitan* tetapi lama-lama kelamaan, bila sudah terbiasa, tidak boleh lagi memakai tudung yang pendek dan fancy-fancy sangat. Kadang-kadang tudung di pasaran ni pun banyak yang tidak menepati syariat. Rasa macam dah menutup aurat sebab labuh, tetapi melekat pulak. Ada juga yang jarang, nampak leher. Saya tetiba menjadi seorang yang agak cerewet bila memilih tudung, biarlah apa orang nak kata. Biar nampak outdated, janji tidak melanggar syariat. Saya harap satu hari nanti, saya dapat memakai tudung seperti students saya.... cumanya........nanti ada yang keliru, madam ke student!!!?!! hahaha....Ok peeps! See ya!
all the best, madam :)
ReplyDeletetahniah madam... Asal Allah suka dan tak langgar syariat... All the best Moga Allah kurniakan kekuatan pada Madam.. Insyallah... mudah2xan Ameen...
ReplyDelete#rindu nasi minyak dan air teh... hiii
Allah tolong kalau kita nak buat baik ^^
ReplyDelete