Monday, May 20, 2013

Cerita 101 - Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum w.b.t.

Text 1 :  Madam.....Happy Teacher's Day! May Allah bless you!

Text 2 :  Madam...Selamat Hari Guru..Semoga Allah kurniakan kekuatan ketabahan dan kesabaran dalam melayari kehidupan dunia akhirat!

Text 3 :  Madam...dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada madam yang telah mendidik daripada tak pandai kepada pandai, dari gelap kepada cerah, dari tak tahu kepada tahu....

*senyum* thank you dear students....

Tahun ni sudah 6 tahun saya menceburi diri dalam bidang perguruan. Masih baru berbanding dengan pensyarah lain. Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Banyak lagi cabaran yang perlu saya tempuhi. It's not easy to deal with humans. Dulu saya bekerja di syarikat pembinaan, and I normally deal with numbers, tentang gaji, tentang caruman itu ini, tentang pembelian simen, besi etc. Tetapi bila di dalam bidang ini, pemikiran saya agak 'bercelaru' because humans are unique. Everyone has his/her own character and I have to 'adjust' accordingly.

Hari ini saya nak berkongsi 2 kisah yang saya rasa agak terkesan sepanjang pengajaran saya di kolej. Bukan untuk menunding kesilapan sesiapa, saya melihat ini adalah kesilapan saya sendiri ...

Kisah 1 : It happened during the first year of my teaching. There was one boy, quite naughty dan dia selalu buat kacau dalam kelas. I don't know what's wrong with this boy tetapi tiap kali dalam kelas dia akan selalu mengganggu kawan-kawannya and of course tidak menghormati saya sebagai gurunya. One day, agaknya mood saya kurang baik pada masa itu, saya marah dan menghalau pelajar ini keluar dari kelas kerana dia telah mengganggu pelajar lain. And this boy, pack barang dia dan keluar. Huh! Terasa bagai nak meletup dada saya pada masa itu! Seminggu dia tidak hadir ke kelas dan saya buat tak kisah sahaja sehinggalah satu hari dia datang dan memohon maaf. Di tangannya ada borang berhenti. Dia hendak berhenti kerana katanya dia ada masalah mata seakan hendak buta. Makin hari makin kabur katanya. Ya Allah! Simpati melihat keadaan pelajar ini dan saya rasa sungguh menyesal. Saya juga memohon maaf di atas tindakan kasar saya terhadapnya....

Kisah 2 akan di sambung dalam entry seterusnya......

No comments:

Post a Comment