Secebis kisah di satu hari yang indah....
A : Aku lihat engkau ni kuat...
B : Kuat? Tak kuat lah..Aku bukannya body builder..
A : Maksud aku, kuat tu tabahlah!
B : *Senyum* Tak tahulah. It's difficult to explain. Sebenarnya, aku tidak kuat. Aku hampir rebah
juga. Tetapi, tiada daya dan kekuatan melainkan dari pertolongan Allah. Jika tidak, dah
lama aku rebah...
A : Aku tak kuat seperti engkau. Cuba untuk menjadi kuat. Tetapi....entahlah...
B : Dulu aku juga begitu. Apa saja yang orang sarankan, aku buat untuk jadi kuat.
Alhamdulillah, Allah has never failed me...
*********************************************************************************
C : Bukan senang! Dulu, masa saya jahat, orang kata saya jahat. Sekarang, bila saya
dah berubah jadi baik, orang masih nak ungkit kejahatan yang saya lakukan.
D : Dugaan Allah. Anggap saja itu cara Allah menghapus dosa kita.
C : Tapi, sampai bila? Adakalanya, saya tak tahan. Ingin saja kembali seperti dulu
tetapi bila kenangkan betapa Allah masih sayangkan saya dengan memberi
hidayah ini, saya pasrah!
D : Sabarlah..sebab itu ada pepatah kata..buat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali..Manusia ni, bila orang buat jahat, ingat sampai bila-bila,
bila buat baik, tak nampak je kebaikan kita. Tak apalah. Yang penting,
berubahlah kerana Allah, insyaAllah, Dia akan bantu kita.
**************************************************************************************
E : Aku tak boleh lupa apa yang dia buat sampai mati!
F : Janganlah macam ni. Tak baik. Maafkanlah dia.
E : Aku memang dah maafkan dia. Cuma aku tak boleh melupakan perbuatan dia.
Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara berbeza tau!
F : Memanglah berbeza. Tapi tak ke rasa hipokrit, memaafkan orang, tapi masih
mengungkit perbuatan dia. Bagaikan masih ada dendam di hati kau tu.
You are not settled!
E : Habis tu? Memaafkan dan melupakan? Bukan senang tau. Cakap memanglah
senang!
F : Memanglah bukan senang. Nak masuk syurga bukan senang. Tapi nak
masuk neraka senang!
E : * senyap*berfikir*redha*
*********************************************************************************

No comments:
Post a Comment