Tuesday, November 20, 2012

Cerita 88 - Dunia Oh Dunia!

Assalamualaikum.

Beberapa hari ini, saya agak sibuk dengan tugas-tugas menyiapkan majlis konvokesyen yang di adakan di sebuah hotel terkemuka di Kuantan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan saya turut menumpang rasa gembira dan berbangga dengan kejayaan mereka. Ramai pelajar meminta untuk di doakan kejayaan mereka, ye, madam doakan kalian berjaya di dunia dan akhirat. Masing-masing kelihatan sungguh gembira dapat bertemu semula dengan rakan-rakan. Yelah, entah bila lagi mereka akan berjumpa semula...

Berada di dalam dewan sempena konvokesyen dengan berbagai ragam manusia ni buat saya rasa nak share sedikit satu cerita yang saya dengar di radio beberapa bulan lepas. Tetapi seperti biasa, kelemahan saya ialah tidak mencatat apa yang diceritakan. Jadi tak ingatlah nama empunya kisah ini...tapi lebih kurang beginilah....

Diceritakan dua orang sahabat, seorang kaya dan seorang miskin di hadiahkan dengan 1000 dinar setiap seorang...

Yang kaya telah membeli sebuah rumah besar dengan 300 dinar lalu dijemput si miskin datang kerumahnya dan berkata " Sahabatku, aku telah membeli sebuah rumah yang besar. Kau pun boleh beli rumah yang sama" Si miskin balik ke rumahnya dan berfikir.....lantas dia berkata, "Ya Allah, aku sedekahkan 300 dinar ini mudah-mudahan Kau sediakan sebuah rumah yang besar untukku di syurga nanti"

Keesokkannya, si kaya menjemput lagi si miskin datang kerumahnya dan berkata "Sahabatku, aku telah mengahwini seorang perempuan yang cantik dengan harga 300 dinar. Kau juga boleh berbuat yang sama" Sekali lagi si miskin kembali ke rumah dan berfikir...lantas berkata "Ya Allah, aku infakkan 300 dinar ini ke jalanMu mudah-mudahan Kau sediakan seorang bidadari untukku di syurga nanti"

Keesokkannya, si kaya menjemput lagi si miskin datang ke rumah.."Sahabatku, aku telah membeli beberapa ekar kebun dengan baki duit itu. Kau juga boleh lakukan perkara yang sama" Si miskin kembali dan memberi semua wang yang dihadiahkan kepadanya ke jalan Allah dan berkata "Ya Allah, aku sedekahkan semua wang milikku ke jalanMu moga-moga Kau sediakan aku kebun tanaman di syurga nanti"

Setelah mati, sahabat yang miskin mendapati semuanya telah tersedia untuknya di syurga.....dan kekal selamanya....The end.......

Dengan keadaan masyarakat sekeliling yang berlumba-lumba untuk menjadi yang terhebat di dunia, saya tertanya-tanya kepada diri sendiri, bolehkah saya menjadi seperti sahabat yang miskin itu? Saya tidak berupaya untuk mencapai ke tahap itu. Bukan mudah untuk menjadi seperti itu. Kena bermujahadah. Semoga Allah memberi kekuatan untuk saya menjadi seperti sahabat yang miskin itu.....Dunia oh dunia!




Surah As Saffat Ayat 50 - 57


[50](Tinggalah penduduk Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang dan bertanya-tanyaan.

[51]Seorang di antaranya berkata: ” Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).

[52]“katanya: Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya (kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?

[53]“Adakah sesudah kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? ” ‘

[54](Setelah menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: ” Adakah kamu hendak melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?”

[55]Maka ia pun memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah neraka yang menjulang-julang.

[56]Ia pun (menempelaknya dengan) berkata:” Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan.

[57]“Dan kalaulah tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan azab) “.





No comments:

Post a Comment