Baru-baru ini dalam rancangan Mukadimmah TV9, Ustaz Zaharuddin memberi ceramah tentang rezeki. Rezeki ni terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
- Rezeki harta
- Rezeki anak
- Rezeki kesihatan
- Dan macam-macam lagilah....
Jadi dia nasihatkan, kita manfaatkanlah rezeki yang kita terima dari Allah sebaiknya sebab semua rezeki itu datang dari Allah. Contoh, rezeki kesihatan...selama Allah beri kita rezeki kesihatan, kita buatlah ibadat dengan pergi ke masjid atau pergi majlis ilmu . Bila dah sakit, dah terlantar, tak dapatlah kita buat ibadat sebaik masa kita sihat..
Ada manusia Allah beri rezeki kelapangan masa. Macam orang yang bekerja, masa agak terbatas. Tetapi itu tidak boleh di jadikan alasan untuk tidak memanfaatkan masa. Waktu malam bolehlah hadiri majlis-majlis ilmu. Saya selalu nasihatkan pelajar-pelajar saya, jangan buang masa. Bila ada kelapangan masa, belajarlah, hafal mana yang perlu. Jangan di habiskan masa dengan main game atau sebagainya. Bila keputusan tak berapa cemerlang, kan rugi. Masa tidak boleh diputarkan semula.
Nasihat saya untuk diri sendiri dan semua, cubalah manfaatkan rezeki yang Allah berikan dengan sebaiknya...

No comments:
Post a Comment