Wednesday, November 14, 2012

Cerita 87 - Jom Berhijrah!

Esok, kita akan menyambut Tahun Baru Hijrah..Hmm...apa azam kita agaknya? Ada tak azam untuk berhijrah? Dah bersediakah kita untuk berhijrah? Atau kita masih teragak-agak dan terfikir-fikir untuk berhijrah? Bukan untuk membuka pekung di dada, saya suatu masa dulu pun ada perasaan begitu..teragak-agak....terfikir-fikir...sekejap rasa nak berhijrah, sekejap rasa malas pulak...

Namun.....nasihat saya kepada diri sendiri dan kepada sesiapa yang masih teragak-agak untuk berhijrah, buangkanlah perasaan itu kerana sesungguhnya itu hanyalah tipu daya syaitan yang membuatkan kita nampak yang indah saje kalau kita masih maintain macam dulu... Sedangkan masa berputar laju,  umur makin meningkat, kematian makin menghampiri, takut tak sempat berhijrah je nanti, baru tersedar betapa ruginya kita bila kita dah mati...nak kembali ke dunia, tak mungkin lagi.. nak minta tolong sesiapa, tak ada orang yang sudi...Teringat kata seorang ustaz ni, kalaulah orang mati boleh kembali ke dunia ini, tok imam yang hidup pun akan  tertolak ke belakang sebab orang-orang mati ni akan berebut di saf depan.... Fikir-fikirkanlah.....




No comments:

Post a Comment