Monday, June 18, 2012

Cerita 78 - Rezeki Itu Milik Allah

Cerita 1 

Luqman  :  Ibu, jom kita pergi makan. Man nak makan ikan keli lah!
Ibu         :  ok.
Luqman  :  Ala....kedai ni tak ada ikan kelilah..tak apalah..makan je lah apa yang ada!
*********************************************************************************
Syafiq    :  Hu Hu...padan muka orang tak pergi masjid! Hari ni ada makan-makan...lauk ikan keli masak berlada! Sodap giler....
Ibu        : Alaa...kesian nya kat awak, Man. Sakit mata pulak malam ni.Nak buat macamana, tak ada rezeki. 
*********************************************************************************
Abah     : Nah! Abah bawa balik 2 ekor ikan keli. Orang masjid bagi. Ada banyak lebih tadi, semua orang boleh bawa balik.
        
Ibu        : Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kalau dah Allah kata itu rezeki untuk Luqman, dapat juga dia makan. Rezeki itu milik Allah......


Cerita 2

Firdaus :  Kalau Firdaus pergi madrasah tu, menghafal Quran je lah ibu ye. Tak yah sekolah?
Ibu       :  Tak payah. **Kat madrasah tu belajar tiga tahun je...
Firdaus :  Habis tu, macamana nak kerja? Takkan ada orang nak ambil kita kerja kalau tak sekolah?  
Ibu       : Rezeki tu siapa punya?
Firdaus : Allah.
Ibu       : Habis tu, kenapa perlu takut? Pandailah Allah mengaturkan rezeki untuk hambaNya. Student ibu macam ni juga. Sekarang ni tak menang tangan orang panggil dia mengajar mengaji. 
Sampai terpaksa tolak takut tak dapat memenuhi permintaan orang....
FIrdaus : Oklah...


**Menggunakan konsep yang sama dengan bapa kepada seorang pelajar saya. Menurut beliau, sebelum dihantar ke madrasah, bapanya 'menipu' dengan mengatakan belajar di madrasah untuk 3 tahun sahaja.Tak macam di sekolah biasa, 5 tahun. Dan kerana itu beliau bersetuju, dan apabila telah jatuh cinta dengan Al-Quran, barulah dia sedar, ilmu Al-Quran itu tak pernah habis...







No comments:

Post a Comment