Thursday, March 8, 2012

Cerita 61 - Suatu ketika dahulu.....

Pagi ini saya telah menghadiri satu perjumpaan antara pelajar dan pensyarah. Dalam ucapan utama Naib Presiden Akademik, beliau telah menggunakan Surah Al-Asr dalam menasihati para pelajar. Lantas, saya teringat tentang satu peristiwa yang berlaku 23 tahun dulu.....

Kisahnya begini.....suatu ketika dahulu....saya adalah seorang 'spoilt brat' dalam keluarga. Nak kata jahat sangat taklah, tetapi sebagai seorang remaja yang di besarkan di tengah-tengah bandar Kuantan , bersekolah di sekolah yang tidak islamik, dan berkawan dengan rakan-rakan yang juga kurang islamik, saya pun jadilah seorang yang kurang islamik. (Again! Salahkan orang lain dan bukan diri sendiri!) Ahli keluarga  puas menasihati tetapi biasalah, who cares!

Sehinggalah pada suatu hari, sehari sebelum saya pergi ke UITM Shah Alam untuk menyambung peringkat diploma, abang kandung saya telah menghadiahkan sesuatu kepada saya. Tetapi sebelum itu, dia bersusah payah mentarbiyahkan saya dan menasihati agar saya dapat menjadi seorang yang lebih baik dari keadaan saya pada waktu itu. Dan seperti biasa...masuk telinga kanan keluar telinga kiri, betapa Allah menutup pintu hati saya dari menerima hidayahNya.

Sesampainya saya ke UITM, saya membuka hadiah yang diberi dan di dalamnya terdapat........sebuah jam loceng berwarna biru dan diselitkan sekeping kertas tertulis.........



Hmmmm....seperti biasa, di sebabkan kejahilan dan tidak langsung mahu menggunakan akal fikiran yang diberi oleh Allah s.w.t., saya masih tidak dapat memahami maksud tersurat tersirat dalam ayat tersebut sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini, barulah saya mengerti apa yang cuba disampaikan oleh abang saya 23 tahun lepas!

Alhamdulillah... saya rasa masih belum terlambat untuk saya perbaiki segala kesilapan lampau saya dan saya berasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah s.w.t tidak mengambil nyawa saya pada masa saya masih tercari-cari siapa saya di muka bumi ini.....Sesungguhnya Demi masa, manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran...

No comments:

Post a Comment