Monday, June 10, 2013

Cerita 104 - Bukan senang nak senang..

Assalamualaikum wbt..

Baru-baru ini cik hubby 'cipta' satu hobi baru iaitu menangkap ikan di tengah laut. Benar ilmu Allah itu maha luas, macam-macam ilmu yang dipelajarinya contohnya tentang tatacara menangkap ikan di laut. Umpan berbeza untuk ikan berbeza, tempat berbeza untuk jenis ikan berbeza pula. Itu belum kira lagi bab tentang rezeki itu milik Allah. Walau dah nampak sekawan ikan di depan mata, belum tentu lagi jadi milik kita. Pukat ditebar, yang masuk hanyalah beberapa ekor sahaja. Keajaiban ciptaan Allah di laut juga memukau pandangan. Yang di bumi tak habis diterokai, di laut bermacam-macam lagi lambang kebesaranNya. Cik hubby bercerita tentang di laut umpama ada laluan. Kalau ada sampah yang banyak, sampah tersebut akan bergerak dalam satu garisan yang panjang menuju kehilir (kehulu? tak tahu!) tanpa bersepah-sepah! Bagi layman seperti saya, terlopong juga mendengar cerita dia. Subhanallah! Kagum dengan penciptaanNya...

Dan lagi...tentang kehidupan nelayan. Kalau nelayan laut dalam, mungkinlah lumayan tapi kalau nelayan yang biasa-biasa ni, susah juga kehidupan mereka.  Rezeki tidak menentu, subuh-subuh lagi dah berada di atas lautan, di panah terik mentari, menggunakan seluruh kudrat yang ada untuk mencari rezeki buat keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Kalau orang kerja gomen, senang aje, cukup masa cucuk mesin ada duitnya. Tetapi itulah...rezeki halal...teringat kata Ustaz Hanafiah yang dipetik dari hadis Nabi, jadilah seperti lebah, makan yang bersih (halal), hasilkan yang baik, sumbangkan yang baik....

Penat tapi dia seronok sangattt..
Banyak ikan pelaling - dibakar dan cicah air asam..
Bukan kerja senang - Syafiq dan Luqman



No comments:

Post a Comment