Pertamanya saya ingin memohon maaf seandainya entry saya sebelum ini ada mengguris hati sesiapa...bukan niat untuk memberitahu dunia tentang sesiapa cumanya di harap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua lebih-lebih lagi kepada diri saya sendiri. Sebagai manusia, kita hendaklah berusaha untuk menjadi lebih baik dan lebih baik di setiap detik kehidupan kita. Selepas saya menulis entry tentang hari guru tu, saya terdengar dalam satu rancangan tv satu kisah yang saya rasa ada persamaan dengan pengalaman saya. Tapi saya tak ingat kisah siapa sebab seperti biasa mendengar sambil memasak, tak sempat nak salin!
Tentang seorang bapa mencari guru untuk anaknya. Apabila melalui sebuah kelas, dilihatnya sang guru sedang memarahi dan menghalau keluar pelajarnya. Bapa tersebut tidak membenarkan anaknya berguru dengan guru tersebut. Kemudian, dia melalui satu lagi kelas dan melihat si guru sedang mengajar. Guru tersebut menoleh ke arah bapa dan anaknya itu. Dia menyuruh si anak itu duduk dalam kelasnya. Tetapi si anak tidak mahu duduk. Berulang kali guru tu suruh duduk, tak juga dia duduk. Bapanya kemudian berkata kepada sang guru, "aku tahu kesalahanmu.." Guru itu terkejut lalu menangis dan menanyakan tentang kesalahannya kepada si bapa. Lantas bapa itu berkata kepada anaknya "duduklah dan bergurulah dengan guru ini kerana dia seorang yang tawaduk..." lebih kurang gitulah ceritanya....sekarang barulah saya faham.....
Ok..cerita bab menuntut ilmu ni...akan tiba satu masa di mana manusia menuntut ilmu kerana inginkan kedudukan, inginkan pangkat, inginkan harta, inginkan kemuliaan dan sebagainya. Semakin kurang manusia menuntut ilmu kerana mencari keredhaan Allah s.w.t. Sebenarnya beberapa bulan lalu, saya 'dilamar' untuk menyambung pengajian oleh rakan-rakan seperjuangan. Tetapi entah mengapa perasaan untuk menyambung pengajian tidak hadir dalam hati saya buat masa ini. Bukan tidak mahu tetapi setelah melalui beberapa 'episod' dalam kehidupan, saya percaya bahawa niat menuntut ilmu selain dari Allah tidak akan membahagiakan saya walaupun ada keinginan untuk 'berdiri' sama tinggi dengan rakan yang lain.
Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk berada juga dalam majlis ilmu walau bukan di tahap sarjana dan sebagainya, janji ia dapat memenuhi kehendak dan seterusnya membahagiakan kehidupan saya dunia dan akhirat. InsyaAllah, saya akan juga menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi cuma tak tahu bila....
p/s: *ilmu itu nur, bersihkanlah hati sebelum menuntut ilmu*
No comments:
Post a Comment