Sunday, January 27, 2013

Cerita 92 - Bidadari Suamiku!

Assalamualaikum w.b.t

Dalam beberapa siri ceramah yang di hadiri, satu tajuk yang agak memberi kesan kepada jiwa saya iaitu tentang bidadari. Pada mulanya, muka agak masam apabila seorang ustaz memberitahu bahawa setiap lelaki yang di lahirkan ke muka bumi ini bersamanya ada seorang bidadari yang akan menunggunya di syurga! 

Cemburu, dengki dan berbagai perasaan jahat timbul kerana memikirkan sang suami akan berjumpa dengan bidadarinya di syurga. Huh! Katanya lagi, bidadari di syurga akan sentiasa menanti bagaikan merindui suara-suara muazzin yang ikhlas mengalunkan azan. Lagilah terasa cemburunya memandangkan adakalanya cik hubby mengalunkan azan di masjid berdekatan! Dari jauh ternampak cik hubby tersenyum simpul..ciss! Di gambarkan bidadari di syurga ini putih melepak, macam transparent gitu, umpamanya kalau dia meneguk air boleh nampak air mengalir menerusi kerongkongnya...Subhanallah! 

Dalam sibuk melayan perasaan cemburu kepada bidadari, timbul satu persoalan, habis tu, buat apa kita ni si isteri sibuk nak melayan si suami atas dunia ni kalau dia dah ada bidadari? Persoalan itu di jawab oleh ustaz yang budiman itu...mana-mana isteri yang taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan taat kepada suaminya, maka dia akan di jadikan KETUA bidadari...Wow! Kalau dah bidadari secantik itu, ketua bidadari mestilah extravaganza!!! Hati kembali berbunga, saya tersenyum, cik hubby pun tersenyum...Tanamkan azam, tekadkan usaha, dengan izin Allah, saya ingin menjadi KETUA BIDADARI! 
Wallahu a'lam.

p/s : Namun begitu, sang bidadari akan memaki hamun kepada mana-mana isteri yang selalu meminta cerai dari suaminya...


No comments:

Post a Comment