Tuesday, January 17, 2012

Cerita 58 - English Week!

Lama juga tak menulis dalam blog ni..Selepas kejadian pelik tu memang terasa malas nak update blog. But now everything's ok. Sebenarnya banyak pengajaran yang saya dapat sepanjang episod hitam ini. Sebagai insan biasa, saya melihat segala yang berlaku ini dari sudut yang positif. Ya, Allah sedang menguji saya dan juga menguji mereka-mereka yang hampir dengan saya. Alhamdulillah, buat masa ini saya pasrah menerima ujian Allah ini dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri. Apa yang saya alami ini sebenarnya hanya sedikit berbanding mereka-mereka yang disihir, disantau dan sebagainya. Walaupun sedikit, tetapi ia hampir memusnahkan kebahagiaan hidup saya sekeluarga. Jahat sungguh 'makhluk' ini yang telah memporak perandakan kehidupan manusia!

Ok. Tutup cerita X Files ini. Minggu ini saya agak sibuk sedikit dengan persiapan untuk English Week. Ada latihan drama, choral speaking dan lain-lain lagi. Seperti biasa, saya sedikit teruja dalam penyiapan drama untuk kelas yang terlibat. Semasa latihan drama inilah, berbagai true colours students dapat dilihat. Sebagai pensyarah, saya melihat aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mendekatkan diri saya dengan mereka dan mereka juga dapat melihat sifat-sifat sebenar dalam diri rakan-rakan mereka. Amazing, kan! Setelah melalui beberapa sesi, berbagai-bagai ilmu yang dapat mereka pelajari, bukan sahaja tentang English tetapi juga tentang pentingnya bekerjasama, bertoleransi, dan cara berkomunikasi sesama mereka. Perbezaan pendapat dan latarbelakang tidak lagi menjadi penghalang dalam menjayakan sesuatu projek yang di amanahkan. So.....Syariah Group 3, Syariah Group 4 and Business Group!!!Do your best in the drama competition!! And not to forget my Syariah and Dakwah Semester One! Have fun with choral speaking! 


No comments:

Post a Comment