Lirik lagu dari kumpulah Raihan ini benar-benar menyentuh hati...Bukan senang untuk melayari kehidupan di atas dunia ini tanpa kepercayaan yang teguh terhadap Allah s.w.t. Sekiranya tidak kuat dan tidak yakin dengan ujian, kita boleh menjadi kufur apabila diuji walau dengan sedikit ujian....
Sebagai manusia biasa, saya tidak terkecuali dari diuji oleh Allah s.w.t. Adakalanya hampir rebah, seperti tidak dapat menanggung segala bebanan, tetapi dengan pegangan dan yakin bahawa Allah menguji kerana sayangkan kita dan setiap kesusahan akan datangnya kesenangan, saya mampu menghadapi segala rintangan dengan bantuanNya.
Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata, tetapi pengalaman yang saya tempuhi beberapa bulan ini memberi satu pengajaran yang sangat hebat kepada saya. Oleh itu, kepada semua, janganlah berputus asa sekiranya ditimpa sesuatu ujian. Anggaplah ia tanda sayang Allah kepada kita untuk kita menjadi insan yang lebih baik dari semalam. Sabarlah dalam menghadapi ujian , insyaAllah akan diberikan kemenangan..
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
No comments:
Post a Comment