Tuesday, May 24, 2011

Cerita 17 - Facing Death

     Hari ini saya membaca satu artikel yang ditulis oleh unknown author. Beliau tidak mahu dikenali tetapi beliau telah berkongsi tentang perasaan beliau sebelum menempuh kematian – facing death. Dan penulis ini telah pun meninggal dunia akibat kanser.

     Apabila membaca kisah yang dilalui Allahyarham, perasaan takut menerjah diri terutama apabila teringat tentang menghadapi saat kematian. Bermacam-macam  soalan bermain di fikiran…. 

       Bagaimana jika diuji dengan penyakit seperti beliau yang ada hanya 6 bulan untuk hidup, bersediakah menghadapi sakaratul maut, bagaimana dengan orang-orang yang akan tinggal nanti, bagaimana bila di alam barzah nanti, ke mana kita - syurga atau neraka,…

      Allahyarham penulis itu juga menceritakan bagaimana beliau tidak boleh mengadaptasi sikap “have a strong will to fight”. Sebab katanya semakin dilawan penyakit secara mental, emosi dan spiritual membuatkannya menjadi tidak redha dan tawakal kepada Allah. Semakin dilawan, semakin beliau rasakan Allah tidak menyayanginya kerana tidak memakbulkan doanya. Dan akhirnya beliau sedar bahawa setelah berusaha, kenalah redha dan tawakal kepada Allah, tidak perlu ‘berperang’ untuk mendapatkan hak Allah.

  Membaca penulisan seperti ini membuatkan saya menginsafi diri, betapa kerdilnya kita di atas muka bumi, bila-bila masa sahaja kita boleh diuji, bila-bila masa sahaja segala hak yang kita rasa kepunyaan kita boleh diambil semula. Justeru, tingkatkan iman, amal dan taqwa....

“Ya Allah. Ya Rahman. Akhirilah hidup kami dengan Islam, akhirilah hidup kami dengan membawa Iman, akhirilah hidup kami dengan Husnul Khotimah dan janganlah kamu akhiri hidup kami dengan Su’ul Khotimah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Amin.”

No comments:

Post a Comment