Hari ni saya nak bercerita sedikit tentang kawan atau dosti kata Shah Rukh Khan...Semua orang ramai kawan. Saya pun ramai kawan. Di tempat kerja, di kawasan kejiranan, di tempat belajar, di mana-mana sahaja. Saya berkawan dengan orang yang nak berkawan dengan saya. Tak kira siapa.
Ada orang suka berkawan dengan orang kaya. Ada orang suka berkawan dengan orang pandai. Ada orang suka berkawan dengan orang yang high class. Ada orang suka berkawan dengan orang yang sama waktu dengannya. Ada orang suka berkawan dengan makcik-makcik. Ada orang suka berkawan dengan orang muda aje. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing.
Cerita tentang kawan ni, teringat kepada arwah mak saya. Arwah mak saya ni adalah seorang misi gigi (dental nurse), orang gomen. Hobi mak saya ni suka mencari kawan walhal dia bukanlah orang yang banyak bercakap. Dia lebih banyak mendengar dari bercakap (macam sayalah). Masa baru berpindah dulu, dengan bangganya dia perkenalkan saya kepada kawan baru dia. Makcik Zah, namanya, seorang OKU, cakap pun tak berapa jelas, tetapi menjadi kawan baru kepada mak saya. Arwah mak tunggal, seorang makcik yang sebatang kara dan tak berapa cerdik orangnya (bodoh-bodoh alang) menjadi kawan mak saya. (Makcik ni akan junjung radio buka lagu kuat-kuat kalau jalan kat bandar - tapi dah meninggal) Pelik juga pada mulanya, yelah, bukan semua orang yang sanggup memiliki kawan seperti itu. Tapi mak saya tak kisah je..
Dalam berkawan ni sebenarnya ada undang-undangnya juga. So tips hari ni :
~ Jangan sakiti hati kawan nanti jadi lawan
~ Berdoalah untuk kesejahteraan kawan
~ Nasihatilah kawan ke arah kebaikan
~ Ikhlas lah dalam berkawan, jangan ada udang di sebalik mee...
~ Sentiasalah bersangka baik dengan kawan...
Ada banyak lagi tapi cukuplah yang penting-penting aje. Akhir kalam, kalau kita nak memiliki sahabat yang baik, kita kenalah menjadi seorang sahabat yang baik juga...

betul lah...I like it when ko tegur kesilapan aku... Aku pun tegur jugak tapi nasib aku malang, ada je yg berdalih / menipu / berbuat yg bukan2...
ReplyDelete